Monday, December 28, 2009

Aim to get information



slm buat semua..... sem baru dh mula berjalan, berpusu2 students nk ke kuliah, biaslah awal2 nie semua rajin, terutama pelajar baru..hehe ( gurau jea)..
hm, ana nk k0ngsi ape yg ana dpt hari nie.... dm kuliah pertama ana hari nie, ana ingat lagi kata dr..."kte nie dh masuk sem 6, subject elektif dh mula amik, s0 tujuan kte skrg bukan pd grade, tapi pada maklumat yg kte dpt..
AIM TO GET INFORMATION AS MUCH AS POSSIBLE NOT TO GET AN 'A'..." kata2 dr memang wat ana tersentak, selama nie ana terlupa nk pikir p0n byk dh ke maklumat yg ana dpt... manusia memang sering lupa, kerdilnya ana di bumi tuhan nie...sebesar zarah p0n belum pasti...... mungkin k0rg dh biasa dengar kata2 keramat tu, tp ana x penah amik berat....bak kata 0rg, pndang sebelah mata je...hehe..
klau zaman kanak2 tu, memang l0gik kejar grade, sbb mas tu x phm lg ape nilai ilmu sebenarnya.......



s0, marilah sama2 kte baiki niat utk study, tujuan utama kte utk dpt keredhaan ILLAHI....
tp utk capai tujuan utama tu, byk cabang kte kena lalui........
ana teringin nk capai tujuan teratas tu, tp belum kesampaian...... byk betul dugaan masa study nie.....Allah je yg tahu..... tp semua tu pasti ade ganjaranya krn syurga itu manis.....:)
teruskanlah ape yg anda perjuangkan,
insyAllah dipermudahkan
selagi ia bermanfaat utk agama Allah....
waslam......mzb

Saturday, December 19, 2009

My beLoVed sIstEr............



Khas utk adik2 akak......

kasih syg utk k0rg memang x berbelah bagi.....
jgn dipandang marah sebagai satu alasan utk menjauhkan k0rg........
tp pndnglah ia sebagai didikan...
andai ade gurauan yg menyakitkan........
akak mintak maaf..(amb0i..berakak2 plak....hahah)
x terlintas p0n nk buli k0rg.....he..

tp tulah akak k0rg, memang suka sakat adik2 dia...
k0rg mesti lg phmkn....hehe

akak mana yg tak syg adik dia kn...
andai dunia nie akak yg punya...
akan ku hadiahkan pd k0rg...

kehadiran k0rg menyerikan hidup akak...(Sbb...lahir2 dh jadi kakak) hehe
siapalah akak tnpa k0rg.... hehe
maaf ku pinta, jika ada slh silap yg melampau........
benda yg buruk.....jgn dijadikan kenangan
kerana kepahitan tu mengelirukan hati yg bersih...hehe

andai terkasar bahasa... maaf jua ku pinta...
maklumlah...diri nie p0n x sempurna...
hehe...

ikhlas dr sudut hati.. ku ingin k0rg semua gembira...
jauh sekali utk melalaikan.... tp utk hargai hidup bertuhan..
gembira tandnya hati hidup...
kerana bes0k belem tentu milik kte.....:)

salam syg dr akakmu.........

p/s : majulah hidup utk ISLAM...

Tuesday, December 8, 2009

KeMaaFaN???




Apa makna kemaafan? sudahkan kte faham benar mengenai kemaafan?? bg ana, kemaafan sesuatu yg berat dan luarbiasa... ana respect sape yg benar2 b0leh beri kemaafan..... bukan ana x penah beri kemaafan pd 0rg.....phm2 je la.... kesalahan kecil p0n kte dh biasa minta maaf kan......... tp cm ner klau kesalahan tu besar? berapa lama masa utk memaafkan dan dimaafkan?? benda nie subjective, x leh nilai luaran, dia ikut individu tu sendiri........... ape yg ana paham, kemaafan tu kte dh lupakan segala kesalahan dia, tiada lg luka yg kte tanggung, bersih dan pulih sepenuhnya... kemaafan secara ikhlas boleh dibaratkan seperti pisau bedah yang boleh buang segala parut dan luka...
ana selalu dengar 0rg kata "sy maafkan awak TAPI awak jgn ingat sy b0leh lupa cm tu je ape yg dh awak buat"......
mcm tu ke maaf? maaf sebenar tiada perkataan TAPI lg, c0z semua yg buruk dh cuba dilupakan bukan cuba dikenang2.....
s0, betul ke semua kemaafan yg kte beri tu betul2 kemaafan yg sebenar??
ana pening kepala gak pikir benda nie, tp renunglah sahabat2....kenapa lepas memaafkan atau dimaaafkan, masih berlaku salah paham yg menimbulkan parut lama? sehingga boleh berjangkit menjadi luka yg semakin membesar dari dalam.....nie mungking sebab kte masih lg tiada kemaafan yg sebenar........
memang x l0gik klau kte kata, klau nk maafkan kena lupa segala luka, klau cm tu, smpai bila2 tiada maaf, c0z bukan senang nk hilang semua luka tu kn.....
tp inggatlah wahai shbt, seperit mana caranya....manis lg ganjaran di syurga nanti... ana p0n tengah cuba sedaya upaya nk cari kemaafan sebenar yg dituntut dlm islam........

Boleh renungi ayat nie..."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)

s0, sama2 lah kte cari erti kemaafan yg sebenar agar ukhuwah kte akan sentiasa abadan abada........amin.........mzb

c0retan minda se0rang hamba

Sunday, December 6, 2009

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang
takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.
w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

dipetik dari mesra.net/forum

Kata-kata hikmah Sayidina Umar Al Khattab

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Friday, December 4, 2009

Mutiara Kata Imam Al-Ghazali


IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”

Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”